Loading...

Faktor

Punca dan Sebab Berlakunya Mati Pucuk

Mati pucuk atau erectile dysfunction (ED) adalah masalah yang memberi kesan kepada kehidupan seksual lelaki dimana alat kelamin lelaki gagal untuk menegang atau mengeras pada kadar sepatutnya. Ianya berpotensi untuk dihadapi oleh setiap lelaki terutama mereka yang menghidap diabetes atau kencing manis. 50% penghidap kencing manis mengalami masalah mati pucuk disebabkan peningkatan tahap gula didalam darah dan juga penyempitan urat darah. Diabetes memberi kesan kepada perjalanan darah dan meyebabkan aliran darah ke alat kelamin lelaki tidak mencukupi untuk membolehkan alat kelamin menegang.

 

Kajian saintifik menunjukkan, diabetes memberi kesan kepada fungsi salur darah, otot dan juga otak. Aliran darah didalam penghidap diabetes menurun disebabkan oleh penyempitan otot disekitar arteri alat kelamin. Kerosakan saluran darah memberi kesan kepada pengeluaran bahan kimia (Nitric Oxide) yang diperlukan untuk perjalanan darah secara sempurna ke alat kelamin. Hasil daripada salur darah yang tidak sihat dan kerosakan otot menyebabkan penghidap diabetes tidak mampu memperolehi ketegangan alat kelamin sepenuhnya.

 

Mati pucuk dan lemah tenaga lelaki bukan semata-mata kerana masalah kencing manis. Terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada perkara ini seperti stress, tekanan darah tinggi, merokok, tabiat pemakanan, kemalangan dan penyalahgunaan ubat. Kajian mendapati 61% daripada mereka yang mengalami stress yang berpanjangan berpotesni untuk mengalami masalah mati pucuk. Stress yang berpanjangan memungkin seseorang individu itu hilang keinginan kepada seks.

 

Faktor-faktor ini menyumbang kepada penyempitan salur darah yang disebabkan oleh pengumpulan calsium dan bahan-bahan lemak seperti kolesterol. Keadaan ini menyebab darah yang mencukupi tidak dapat di alirkan ke alat kelamin lelaki menjadikannya tidak dapat menegang dengan sempurna.

Walaupun apa pun puncanya, setiap penyakit itu kecuali mati pastinya mempunyai penawarnya. Yang penting adalah usaha dan ikhtiar untuk mengubati dan kuasa penyembuhan itu adalah mutlak milik Allah SWT.

 

Sekiranya anda salah seorang yang berhadapan masalah mati pucuk, bertindak hari ini juga sebelum ianya benar-benar terlambat dan memberi kesan negatif kepada kehidupan anda, pasangan dan keluarga anda.

خرید شارژ ایرانسل